Sunday, 10 November 2013

5 LAGU PETRIOTIK (LIRIK)

.Ada persamaan yang sangat ketara dengan senarai top ten lagu patriotik terbaik aku dengan yang sudah ditulis oleh Encik Lipas atau Tan Sri Frank Sinatra dalam blognya Catatan Seelor Lipas. Tapi percayalah kata aku yang ianya hanya kebetulan dan bukannya aku meniru bulat-bulat. Kebetulan yang sangat kebetulan.

Ok ini list 9 best lagu patriotik oleh dari aku. Kebanyakan darinya tak lagi berkumandang di TV RTM mahupun di radio. Ini lagu wajib bagi rakyat Malaysia. Tapi lupakan sebentar untusr. lagu patriotik, once for a all is a song. Dan ianya sepatutnya sedap.Lagu-lagu patriotik bukan sahaja bersifat positif untuk sesuatu komuniti tetapi juga boleh dilayan untuk memajukan individual. Dalam kata lain, nilai sesuatu lagu patritiok itu akhirnya perlu dilebih pada kesedapan lagu itu sendiri. And thats what lacking with lagu patriotik2 sekarang.

 Composer sekarang tak mampu cipta lagu-lagu baik seperti ini bukan sahaja kerana mereka tiada unsur-unsur kenegaraan, tapi ianya hanya simply kerana mereka tak mampu mencipta muzik yang baik.

9)MALAYSIA OH TANAHAIRKU
Malaysia oh tanah airku, Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta, Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas, Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang, Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku

Komen: AKu tak tahu lagu ni tahun tapi aku rasa lagu ni satu zaman dengan lagu Tanah Pusaka. Lagu-lagu zaman tu tak banyak yang berirama marching dan rancak. Ianya cool dan rileks dan beralun bila dinyanyikan.Bukannya sing-a-long type of music tapi masih sedap dinyanyikan kalau suara sedap.

8) BALIK KAMPUNG (SUDIRMAN)
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti 

Komen: Balik Kampung lagu patriotik? huh? Balik Kampung is patriotik enough for me. For a 100 years rakyat Malaysia akan dikaitkan dengan lagu ini kalau Balik Kampung. Balik Kampung sebenarnya perkataan yang sangat sensitif kerana berkait dengan perkara perkauman 13 Mei. Tapi ditangan Sudirman ianya menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan. Tiada rancangan balik beraya di TV tanpa lagu ini sebagai background.


7) SETIA
Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Komen: Lagu ini ada banyak versi. Asalnya versi rancak, tetapi kemudian diimmortalkan oleh RTM dengan gaya nyanyian yang mendayu-dayu. Dizaman kemuncaknya lagu ni lagu pilihan terakhir di RTM sebelum tamat siaran . Tetapi sekarang rasanya takde (atau  penulis dah lama tak tengok RTM)

6) Tanah Pusaka

Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Dimerata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaysia

Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia

Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata

Komen: No komen
5) Kemegahan Negaraku

Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku yang kucintai
Seumurnya maha perkasa
Kedaulatan ibu pertiwi

Malaysiaku maha berjaya
Negaraku indah murni
Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku ibu pertiwi

Komen: Aku tak rasa ramai orang ingat lagu ini. back in those days.....blablabla. Well anyway its a nice sing-a-long song.

4) PERWIRA
Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

( 1 )
Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku

Komen: Its Saloma, get it? Masih, antara lagu yang perlu dinyanyikan oleh penyanyi tempatan untuk menunjukkan kehebatan vokal dan kawalan lenggok suara mereka.


3) Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

( korus )
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

Komen: Ingat lagu ni ingat Roy. And probably the best vocal Roy ever didi. pada zaman kemuncaknya Roy dianggap penyanyi patriotik kerana sering menjadi pilihan RTM untuk menyanyikan lagu-lagu berunsur patriotiknya. Selain sedap dinanyikan secara koir, lagu ini juga boleh dinyanyikan berseorangan ketika sedang mandi. Dan oh ya, Roy adalah bekas penyanyi Lefthanded.
2)Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Komen: Lagu immortal. Rasanya kalau Sudirman dapat royalti tiap kali lagu ni dipasang pada Malam Merdeka dia akan jadi lebih kaya dari John Lennon.tanda kalau lagu patriotik tu bagus, kanak-kanak boleh hafal lirik lagunya. Dan tak ada kanak-kanak di Malaysia ni yang tak hafal lirik lagu ni. Bila dengar lagu ni aku teringat Kampung Bharu, entah kenapa. 


1) BARISAN KITA
 Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

Komen: The best patriotic song ever, musically and lyrically. Fun, inspiring and sad at the same time. Lirik
 " Andaikata kami gugur semua, taburlah bunga diatas pusara. Kami mohon doa, Malaysia berjaya" seolah-olah ditulis oleh Morrisey.

Friday, 8 November 2013

MAID MAIDEN MONDAY- FRIDAY

MAID MAIDEN, MONDAY
demi putera impian yang pernah menyelamatkannya,alivia bersusah-payah masuk ke sekolah elit adam gorden high school.namun sebaikditerima sebagai pelajar,ibu bapanya diisytiharkan muflis dan tidak mampu membayar yuran persekolahannya.tidak cukup setakat itu, mereka melarikan diri ke luar negara kerana masalah hutang. mujurlah bennet gorden, pelajar kaya di sekolahtersebut, sudi membantunya..... tetapi dengan satu syarat!! bagaimanapun hidup alivia selapas itu?!

MAID MAIDEN,TUESDAY
alivia mula keliru.shawn,putera yang pernah menyelamatkannya ketika kecil dulu tidak seperti yang disangka.malah bennet juga tidak seperti yang disangka.motif sebenar shawn & masa lalu bennet mula tersimpul bagai benang takdir saling mengikat, tatkala alivia dalam kesusahan, muncul putera berparut di tangan kiri untuk menyelamatkannya sekali lagi.adakah memori silam akan mula membayangimasa depan alivia?

MAID MAIDEN,WEDNESDAY
kini alivia tidak lagi tinggal di rumah bannet.shawn yang dulunya menuh dengan tipu muslihat,kini menjadi teman setia.namun begitu,tiba satu masalah baru.....sahabat yang disangka setia rupanya menyimpan dendam membara. bak duri dalam daging,rebeccs mengaturrancangan seterusnya demi merebut cinta bennet. mungkinkah cinta berputik kembali antara alivia dan shawn?

MAID MAIDEN,THURSDAY
demi cinta,segalanya tidak mustahil..... akhirnya bennett mengakui alivia memang istimewa dalam hatinya. namun shawn pun bertekad untuk memiliki cinta aliviawalau bagaimana sekalipun.rebacca bak gunting dalam lipatan - sanggup memfitnah alivia demi memburu cinta bennett.lilly pula sanggup menyelit masuk ke sekolah demimenyelamatkan cinta alivia dan bennett.gelodakjiwa remaja dilamun perasaan cinta!!

MAID MAIDEN,FRIDAY
"bila kau benar-benar mencintaiseseorang......kau sanggup membantunyamencapai impian si dia impikan"
akhirnya yang kusut dapat dirungkaikan,yang keliru berjaya dijelaskan. segala masalah seakanhilang sekelip mata.kini alivia dan bennett bersama semula... tapi benarkah segalanya berakhir di sini?ataupun ini permulaan bagi episode baruuntuk mereka?

Thursday, 7 November 2013

pokok palma

Arecaceae (kekadang dikenali sebagai Palmae, satu nama alternatif yang sah, atau sebagai Palmaceae yang merupakan nama tidak sah [1]) atau famili palma ialah satu famili pokok berbunga daripada Arecales, satu susunan monokotiledon.
Terdapat lebih kurang 202 genus yang kini dikenali, dengan lebih kurang 2,600 spesies. Kebanyakan daripada spesiesnya dihadkan ke kawasaniklim tropika dan subtropika. Di kalangan famili tumbuhan, Arecaceae merupakan famili yang paling mudah dikenal pasti oleh kebanyakan orang. Kebanyakan pokok palma dibezakan dengan daun-daun besar, malar hijau, dan majmuk yang diatur di atas batang yang tidak bercabang. Bagaimanapun, banyak pokok palma merupakan kekecualian kenyataan ini, dan pokok palma sebenarnya menunjukkan kepelbagaian yang meluas dari segi ciri fizikal. Selain daripada kepelbagaian morfologi, pokok palma juga hidup di hampir setiap habitat dalam jangkauannya, darihutan hujan hingga ke gurun.
Pokok palma merupakan salah satu daripada pokok yang paling dikenali dan yang paling ditanam secara meluas. Pokok ini memainkan peranan yang penting untuk manusia dalam kebanyakan sejarah, bermula dengan Mesopotamia kuno. Banyak keluaran dan makanan biasa berasal daripada pokok palma, dan pokok palma juga digunakan secara meluas dalam seni taman disebabkan bentuknya yang eksotik dan oleh itu, telah menyebabkannya menjadi salah satu daripada tumbuhan yang penting dari segi ekonomi. Dalam banyak budaya sejarah, pokok palma merupakan lambang untuk gagasan seperti kemenangan, keamanan, dan kesuburan. Pada hari ini, pokok palma masih merupakan lambang sejagat yang popular untuk kawasan tropika dan percutian. [2].

Genus penting dari segi ekonomi[sunting | sunting sumber]

Sila lihat Senarai genus Arecaceae untuk senarai genus yang lengkap.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jump up "Palmaceae" ialah nama tak sah kerana nama Arecaceae (dan nama Palmae yang merupakan nama alternatif yang diterima, ICBN Perkara 18.5) diutamakan berbanding nama-nama lain untuk famili ini.
  2. Jump up Seni taman dengan Pokok Palma di Mediterranean

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

pokok kelapa

Kelapa (bahasa Inggeriscoconut, tulisan Cina 椰) atau juga dikenali sebagi nyiur adalah tumbuhan saka, tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada variasi. Ia didapati di semua kawasan tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai guna.
Pokok kelapa (Cocos nucifera L.) adalah ahli keluarga Arecaceae (keluarga palma). Ia merupakan spesies tunggal yang dikelaskan dalam genusCocos dan merupakan pokok palma yang besar, tumbuh setinggi 30 meter, dengan pelepah daun (pinnate) sepanjang 4-6 meter, dengan helaian daun (pinnae) sepanjang 60-90 cm; pelepah tua luruh meninggalkan batang pokok yang licin.

Asal[sunting | sunting sumber]

Asal pokok kelapa telah menjadi perbahasan dengan sesetengah pihak berkuasa mendakwa bahawa ia berasal dari semenanjung Asia Tenggarasementara yang lain pula mendakwa bahawa ia berasal di barat laut Amerika Selatan.
Rekod fosil di New Zealand menunjukkan pokok kecil seperti kelapa tumbuh di situ semenjak 15 juta tahun dahulu. Fosil yang lebih tua telah dijumpai di RajasthanIndia. Walau dari manapun asal pokok kelapa, ia telah tersebar disebahagian besar kawasan tropika, terutamanya sepanjang persisiran pantai. Oleh kerana buah kelapa ringan dan timbul, pokok kelapa mudah tersebar oleh arus laut yang mampu membawa buah kelapa pada jarak yang jauh. Pokok kelapa hidup subur di tanah berpasir, paya dengan banyak cahaya matahari dan hujan yang tetap (75-100 cm setahun), yang menjadikan koloni di pantai agak mudah. Buah yang dikumpulkan dari laut jauh ke utara seperti Norway telah di dapati masih utuh dan mampu tumbuh setelah diberikan keadaan yang sesuai. Bagaimanapun di Kepulauan Hawaii, pokok kelapa dianggap diperkenalkan oleh orang Polinesia, pertama diperkenalkan ke kepulauan oleh pelayar Polinesia dari tanah asal mereka di Pasifik Selatan.

Varieti[sunting | sunting sumber]

Varieti kelapa jantong.
Varieti-varieti kelapa yang terdapat di Malaysia ialah:-
  1. Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall )
  2. Kelapa Rendah Merah Malaya (Malayan Red Dwarf, MRD)
  3. Kelapa Rendah Kuning Malaya (Malayan Yellow Dwarf, MYD)
  4. Kelapa Rendah Hijau Malaya (Malayan Green Dwarf, MGD)
  5. Kelapa MAWA (Malayan Dwarf X West Afrcan Tall)
  6. Kelapa MATAG (MYD/MRD X Tagnanan Tall)
  7. Kelapa Tinggi Afrika Barat
  8. Kelapa Tinggi Tagnanan
  9. Kelapa Tinggi Rennel
  10. Kelapa Wangi (Aromatic Dwarf)
  11. Kelapa MAREN (MYD.MRD X Rennel Tall)
  12. Kelapa MAMA (MYD/MRD X Malayan Tall)

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Buah kelapa tua dibiarkan bercambah dan ditanam di tapak tetap dan turut ditanam pindah sebagai pokok hiasan dalam lanskap. Bagi kelapa yang tinggi ia selalunya lambat matang dan berbunga semasa usia 6-10 tahun. Kelapa tinggi boleh hidup sampai 100 tahun dan tahan lasak iaitu boleh tumbuh dalam pelbagai keadaan dan jenis tanah. Bagi kelapa rendah, ia berbunga 3 tahun selepas ditanam dengan ketinggian tidak melebihi 1 meter. Kelapa rendah mungkin memberi hasil sehingga berusia 70 tahun.

Penyakit dan perosak[sunting | sunting sumber]

Pokoknya boleh dijangkiti penyakit yang disebabkan kulat, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan paksi tengah pokok menjadi busuk, batang menjadi reput dan berdaun kuning. Kulat juga boleh membunuh pokok kelapa. Perosak yang paling besar adalah kumbang badak dan kumbang hitam. Buah kelapa dimakan tupai dan di sesetengah tempat buahnya dimakan ketam kelapa.

Buah[sunting | sunting sumber]

Secara botani, buah kelapa merupakan "buah kering" yang dikenali sebagai pepauh (ataupun drup) bergentian (bukannya "kacang"). Mesokarpa terdiri daripada gentian yang dikenali sebagai sabut dan terdapat tempurung (endokarpa). Tempurung keras mempunyai tiga liang percambahan yang jelas kelihatan di permukaan luar apabila sabutnya dibuang. Melalui salah satu darinya pucuk keluar apabila embrionya bercambah. Apabila dilihat dari satu bahagian, tempurung dan liang percambahan kelihatan seperti muka monyet yang merupakan istilah bahasa Portugis iaitucoco.
Susunan varieti kelapa di Malaysia semasa diMAHA.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan". Kegunaan pelbagai bahagian kelapa termasuk:
  • batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan, dinding dan lantai
  • daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan
  • lidi kelapa boleh dibuat penyapu
  • sabut kelapa boleh dibuat tali
  • tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan
  • serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian
  • minyaknya sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Buah[sunting | sunting sumber]

Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Dalam masyarakat Melayu terutamanya, kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parutsantan dan minyak masak seharian.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]



    Pautan luar[sunting | sunting sumber]