Cadangan Soalan dan Jawapan untuk Kertas 3 SPM Sejarah 2013
SEJARAH KERTAS 3 ( Pengenalan )
SOALAN: 1
TEMA UMUM: MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
Soalan:
Jelaskan latar belakang penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau.
Jawapan:
Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain.
Sejak mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai oleh Malaysia iaitu Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961. Pertubuhan seterusnya ialah Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) yang ditubuhkan pada tahun 1963. Seterusnya Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan tahun 1967.
Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.
Soalan: ( Pengenalan )
Setiap pemimpin Malaysia mempunyai dasar luar negara yang berbeza kerana mengikut perkembangan semasa. Jelaskan peranan pemimpin negara kita dalam menentukan halatuju hubungan serantau yang diwujudkan.
Jawapan:
Dasar luar yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahap pertama adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Ini disebabkan oleh timbulnya krisis dengan negara jiran seperti Konfrontasi dengan Indonesia, terputusnya hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura daripada Malaysia. Untuk memelihara hubungan dengan negara jiran, Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina. MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau ZOPFAN bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.
Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga telah mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis-krisis Vietnam dan Kampuchea.
Soalan: ( Pengenalan )
Malaysia menjalankan dasar berbaik-baik dengan semua negara termasuk dengan negara serantau. Nyatakan matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia.
Jawapan:
Antara matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia melalui dasar luarnya ilah bagi menjamin keselamatan rakyat dan negara. Disamping itu ia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Selain itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
Penting; Pilih mana-mana yang sesuai dengan kehendak soalan no 1 iaitu Pengenalan. Jangan abil semua pilih satu sahaja
No comments:
Post a Comment